Assalamua'laikum! Selamat Datang ke konti DJ Hadi...
Islamic DJ 4u
Maklumat Lanjut


Islamic DJ 4u

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Islamic DJ 4u saya ini. Ini merupakan perkhidmatan kerja sambilan saya untuk masyarakat di waktu lapang di hujung minggu dan cuti umum untuk meluaskan jaringan ukhwah dan silaturahim sesama ummah di samping memperolehi pendapatan sampingan yang halal dan berdakwah melalui lagu-lagu yang Islamik serta tidak bercanggah dengan hukum syarak... Semoga majlis kita diberkati dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Perkhidmatan DJ, MC dan Sistem Audio profesional, berpengalaman, eksklusif yang beridentitikan Islamik dan gaya hidup Islam dengan tagline 'Islamic DJ 4u, Lagumu Dakwahku!' menyiarkan lagu-lagu nasyid, Islamik dan yang sesuai untuk kenduri-kendara (keutamaan), birthday party, majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi tertentu dan sebagainya... Telah bertugas dan mengendalikan lebih dari 100 buah majlis walimatulurus dan majlis-majlis lain sejak tahun 2009. Berkisar lagu-lagu nasyid dan Islamik serta yang bersesuaian untuk:-

Walimatulurus/kenduri kahwin (*perkhidmatan utama);
Akad nikah, tahlil, kenduri kesyukuran;
Majlis Hepi Beday;
Majlis rasmi & tak rasmi;
Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Keluarga;
Majlis khatan, khatam Quran;
Akikah, qurban, berzanji, berendoi;
Open house raya dan lain2;
Majlis ilmu, ceramah di surau, rumah, taman, dewan, dll.
...dan lain-lain majlis yang sesuai.

Tagline

"Lagumu Dakwahku..."
Merupakan tagline Islamic DJ 4u yang memberi perkhidmatan sambil berdakwah melalui mesej lagu-lagu islamik yang didendangkan untuk mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW di samping mengajak kepada amal makruf nahi mungkar.

Misi

Menyediakan perkhidmatan DJ dan Audio Sistem dengan harga yang berpatutan dan profesional yang dapat memuaskan hati pelanggan.
Menjalin ikatan ukhwah, tali persaudaraan sesama muslim dan bukan muslim untuk menikmati keindahan Islam dan mengeratkan silaturahim serta perpaduan sesama pelanggan, orang ramai, tetamu dan masyarakat sebelum, semasa dan berterusan selepas majlis berlangsung.

Visi

Menjadi perkhidmatan DJ dan audio sistem yang bercirikan dan beridentitikan Islamik yang dapat dikembangkan ke seluruh tanah air lebih-lebih lagi di Negeri Pulau Mutiara tercinta.

PERKHIDMATAN

Islamic DJ 4u menawarkan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan dan terendah!
Klik imej berikut untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan yang ditawarkan.

Klik/sentuh image di bawah untuk maklumat lanjut...

Harga Termurah & Istimewa

Menyediakan perkhidmatan DJ dengan harga bajet dan termurah

Klik/sentuh image di bawah untuk maklumat lanjut...

Kandungan Perkhidmatan

Kandungan dan pengisian majlis yang disediakan

Klik/sentuh image di bawah untuk maklumat lanjut...

Polisi Perkhidmatan

Polisi, terma dan syarat

Klik/sentuh image di bawah untuk maklumat lanjut...

Kad Nama & Banner Rasmi

Banner dan Kad Nama Rasmi Islamic DJ 4u

Klik/sentuh image di bawah untuk maklumat lanjut...

Lesen Perniagaan

Perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Klik/sentuh image di bawah untuk maklumat lanjut...

Perkhidmatan Lain

Lain-lain perkhidmatan yang disediakan

Kursus DJ IslamiK Berkaliber

Sertai SEKARANG dengan yuran serendah RM180! Kursus DJ Islamik Berkaliber secara OJT (On Job Training) & TOT (Training of Trainer) dalam majlis kenduri kahwin sebenar! bersama DJ Hadi... Pengalaman baharu secara praktikal & pelbagai tips dapat dikongsi bersama DJ Hadi.. Dptkan jadual terkini tugas DJ utk sesi kursus seterusnya.. Peserta juga akan mendapat percuma buku Panduan DJ Islamik Berkaliber..

  • YURAN

    Serendah RM180

    Yuran kursus serendah RM180 sahaja untuk sehari berkursus dalam majlis sebenar bersama DJ Utama - DJ Hadi.

  • SIJIL KURSUS

    Sijil Penyertaan Kursus DJ Islamik Berkaliber

    Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang tamat kursus dengan jayanya.

  • PENGALAMAN DJ & MC DALAM MAJLIS SEBENAR

    On Job Training & Training of Trainer

    Kursus dilaksanakan bersama DJ Hadi yang bertugas dalam majlis sebenar. Peserta diberikan kursus secara On Job Training (OJT) bagi mencuba sendiri pengalaman bercakap sebagai DJ di samping panduan dan bimbingan dari DJ Hadi. Peserta juga akan diberikan kursus secara Training of Trainer (TOT) bagi memantapkan kaedah dan cara penyampaian DJ dan MC majlis. Selain itu diberi pendedahan pemasangan dan penggunaan peralatan teknikal audio sistem.

  • BUKU PANDUAN

    Buku Panduan DJ Islamik Berkaliber

    Kursus ini juga dibekalkan dengan sebuah buku Panduan DJ Islamik Berkaliber yang ditulis sendiri oleh DJ Hadi. Digunakan sebagai rujukan dan panduan asas kepada peserta semasa berkursus dan selepas bekursus apabila mengendalikan sendiri majlis kelak.

  • Tauliah
    Sebagai DJ Muda!

TEAM islamic dj 4u

Bertugas di majlis anda secara profesional... Membantu melancarkan perjalanan majlis dan menyerikan dengan lagu-lagu yang bermakna dan Islamik. Semoga majlis anda berlangsung dengan teratur dan sempurna hendaknya dan mendapat keredhaan Allah swt.

Hadi

DJ Utama

Nani

Assistant DJ Utama

Raudhah

Assistant DJ Utama

Danish

Assistant DJ Utama

Aimi

DJ Muda

Izzat

DJ Muda

Khairul Nizam

DJ Muda

Amir

DJ Muda

InsyaAllah, kami bersama-sama menyerikan lagi majlis anda berlandaskan hukum syarak. Semoga majlis kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah swt.

*DJ Muda merupakan para peserta yang telah mengikuti Kursus DJ Islamik Berkaliber dengan jayanya.

Kalendar DJ Hadi!

Sila gunakan kalendar ini untuk menyemak tarikh majlis anda agar tidak bertindih dengan majlis lain pada tarikh yang sama.
Paparan kalendar boleh diubah mengikut paparan bulan, posterboard, tile, stream & agenda pada menu di sebelah kanan bawah ini.

Hubungi DJ HADI Sekarang!

012-299 1824

islamicdj4u@gmail.com

adinetio@gmail.com

Hakcipta Terpelihara © 2020 Islamic DJ 4u